WELLINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang anggota bomba maut selepas cuaca buruk melanda New Zealand, menurut polis pada Rabu.
Siklon Gabrielle mengakibatkan gangguan bekalan elektrik, kerosakan harta dan pemindahan penduduknya di Pulau Utara negara itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Agensi Bomba dan Kecemasan menemukan satu mayat yang dipercayai milik anggotanya dalam kejadian tanah runtuh di Muriwai, pada Rabu.
Anggota bomba itu dilaporkan hilang sejak malam Isnin.
Tiga lagi mayat termasuk seorang wanita dijumpai di wilayah Hawke's Bay dalam kejadian berasingan.
Menteri Pengurusan Kecemasan Kieran McAnulty memberi amaran jumlah kematian mungkin meningkat.
Beberapa bandar masih terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.
McAnulty berkata kira-kira 10,500 orang hilang tempat tinggal akibat ribut itu, manakala 144,000 pengguna menghadapi gangguan bekalan elektrik.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Beberapa bandar masih terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.- Foto AP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia kecam provokasi Israel di Al-Aqsa semasa perarakan bendera
Kerajaan Indonesia mengecam ratusan peneroka Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis yang diduduki semasa acara Perarakan Bendera mereka pada Rabu.
Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India
Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Jumaat secara rasmi mengemukakan tuntutan untuk membentuk kerajaan selepas ahli parlimen partinya dan rakan sekutu memilih beliau sebagai ketua mereka.
Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar
Antonio Guterres, "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan terbaharu tentera Myanmar di Negeri Rakhine dan Wilayah Sagaing yang dilaporkan telah meragut banyak nyawa orang awam.
JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah memulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
80 peratus pengguna diesel dapat bantuan tunai di bawah Program BUDI MADANI - Menteri Kewangan II
80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Inflasi Thailand catat tahap tertinggi dalam 13 bulan pada Mei
Inflasi di Thailand meningkat untuk bulan kedua berturut-turut pada Mei, mencatat kadar tertinggi dalam 13 bulan disebabkan oleh kenaikan harga tenaga dan harga produk pertanian yang lebih tinggi.
Tumpuan Sabtu – 08 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (07 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut dalam tragedi Taufan Gabrielle di New Zealand
Hipkins berkata Taufan Gabrielle yang melanda Pulau Utara itu sebagai fenomena cuaca yang tidak pernah dilihat sebelum ini.