awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya seorang penyokong Malaysia cedera

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/09/2019
17:16 MYT
Sekurang-kurangnya seorang penyokong Malaysia cedera
Salah seorang yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas perubatan. - AP/Tatan Syuflana
Sekurang-kurang seorang penyokong Malaysia disahkan mengalami kecederaan akibat insiden serangan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam Khamis.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, setakat ini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kecederaan dan bilangan penyokong Harimau Malaya yang mengalami kecederaan.
“Seorang (penyokong Malaysia) saya dapati cedera dalam insiden rusuhan yang berlaku, di mana seorang penyokong terpaksa dibawa dan diusung. Saya tidak pasti mangsa dibawa ke hospital (atau sebaliknya) tetapi dia dibawa ke bilik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Bagaimanapun, Zulhelmi menjelaskan keadaan di stadium terkawal dan pihak berkuasa berjaya meleraikan serangan yang cuba dilakukan oleh penyokong Indonesia.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan dua cedera, di mana salah seorang mengalami patah tangan dipercayai akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada kekecohan provokasi penonton tuan rumah.
Seorang lagi pula cedera di kepala dan belakang akibat terkena objek yang dibaling penyokong Indonesia.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa penyokong skuad Garuda membaling objek keras termasuk besi dan suar ke arah penyokong Malaysia ketika perlawanan sedang berlangsung.
Provokasi ke atas penyokong Malaysia berlaku sebelum perlawanan lagi apabila beberapa video rakyat Malaysia dibaling batu, tular di laman sosial.
Susulan insiden tersebut, Syed Saddiq dalam pada itu menegaskan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya di sana.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Harimau Malaysia
#Hospital
#Indonesia
#Jakarta
#serangan
#sukan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan