Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini terjerumus dalam masalah buruk, hilang maruah, kedaulatan dan arah tujuan selagi masih hidup.
Perdana Menteri berkata beliau sedar tentang cabaran didepani yang seolah-olah tidak dapat diatasi pada masa tertentu.
"Selagi saya hidup, saya akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini jatuh, tercalar maruah dan hilang arah tujuan. Kita telah berjaya mengatasi cabaran dan rintangan pada masa lalu dan kita berharap dapat mengatasinya pada masa akan datang, insya-Alllah," katanya dalam ucapan pada Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di sini, malam tadi.
Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman beliau menerajui negara yang beliau menekankan untuk mencari alasan dan tujuan bersama.
Justeru, beliau sangat menekankan tentang perlunya mempunyai alasan dan tujuan bersama yang akan menjadi titik permulaan ke arah mencapai perpaduan dalam kepelbagaian.
"Sejak saya menjadi Perdana Menteri pada kali pertama, saya sering ditanya tentang rahsia saya kerana mampu mengurus negara yang begitu pelbagai sehingga hampir setiap segmen mempunyai pelbagai permintaan dan keutamaan yang berbeza.
"Tidak ada rahsia selain konsep paling asas dan logik ketika kita berhadapan dengan kumpulan orang yang pelbagai. Sebaik kita dapat mencapai alasan dan tujuan bersama, kita boleh membina mereka," katanya yang diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Pembina Negara dan pemimpin Berwawasan AAMO atas sumbangan beliau kepada negara dan juga di peringkat antarabangsa.
Dr Mahathir berkata pentingnya kepercayaan yang tulus untuk kebaikan rakyat dan negara serta berpegang kepada prinsip memikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan kedaulatan.
"Membantu rakyat kita sendiri untuk bersatu dan sepakat untuk membangun dan membina negara adalah tanggungjawab kita dan kita juga akan mendapat faedah hidup di negara yang berjaya," kata perdana menteri yang berusia 93 tahun itu.
Dr Mahathir berkata beliau dahulu adalah seorang doktor dan menghabiskan masa selama beberapa tahun mengamalkan profesion perubatan yang membolehkannya beberapa pengalaman profesionnya dimanfaatkan untuk pengurusan negara.
"Dalam banyak cara, pengurusan sebuah negara memerlukan proses yang sama seperti doktor, dan di mana dan apabila perlu, pemimpin perlu membuat keputusan yang drastik dan tegas untuk menyelamatkan negara," katanya.
Beliau juga berkata Malaysia sebagai sebuah negara sudah melalui pelbagai rintangan sejak mencapai kemerdekaannya dan beliau telah menyaksikan bagaimana ia melalui perjuangan untuk membina tapak dan menjadi sebuah negara yang mempunyai keazaman dan keyakinan. -- Bernama
Bernama
Mon Apr 29 2019
MAHATHIR: Selagi saya hidup, saya akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini jatuh, tercalar maruah dan hilang arah tujuan. - Foto Twitter/@bernamadotcom
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selagi hidup, saya cuba jaga maruah negara - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini terjerumus dalam masalah buruk, hilang maruah, kedaulatan dan arah tujuan selagi masih hidup.