KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat dekad Istana Negara menjadi rumah keduanya, Rusli Asri, 60, mungkin boleh dikatakan antara bentara istana paling bertuah kerana mencatat sejarah berkhidmat di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong.
Lebih manis lagi, Rusli yang mula bertugas di Istana Negara ketika era Yang di-Pertuan Agong ke-7 (Almarhum), Sultan Ahmad Shah pada usia 20 tahun, beliau mengakhiri kerjayanya semasa berkhidmat di bawah anakanda Almarhum, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Rusli yang bersara wajib bermula semalam (30 Mac) menzahirkan perasaan sedih dan sebak apabila meninggalkan Istana Negara, tempat bersemayamnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, yang sudah sebati dengan jiwanya.
"Perpisahan ini amat perit sebab 40 tahun bukan tempoh yang sekejap. Kalau kata tak rindu istana ni tipulah. Kehidupan di Istana Negara sudah sebati dengan jiwa," katanya ketika ditemui Bernama di Istana Negara baru-baru ini.
Rusli memulakan kerjayanya sebagai pelayan pejabat di Istana Negara sebelum bergelar Bentara Istana dan dilantik menjadi Ketua Bentara pada 2014.
Antara skop tugas Rusli sebagai bentara ialah memayungi Yang di-Pertuan Agong dan membentangkan sejadah untuk Seri Paduka bersolat serta menjaga etika pemakaian tetamu dalam majlis-majlis yang dihadiri Seri Paduka.
Menceritakan pengalamannya, walaupun sudah lama bergelar Ketua Bentara, Rusli berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau tetap tidak dapat lari daripada perasaan gementar kerana khuatir sekiranya melaksanakan tugasan dengan kurang sempurna.
Sepanjang perkhidmatannya di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong, Rusli berkata, beliau sentiasa memastikan komitmen penuh dalam setiap tugasannya.
Ditanya perancangan beliau selepas ini, bapa kepada tiga anak itu termasuk seorang anak perempuan yang dinamakan bersempena nama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berhasrat berhijrah ke kampung isterinya di Muar, Johor dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima menghadap Rusli dan dua lagi kakitangan Istana Negara yang turut bersara wajib pada Mac lepas, iaitu Pegawai Khidmat Pelanggan, Yahya Abdul dan seorang lagi bentara istana, Ahmad Ali.
Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada ketiga-ketiga kakitangan berkenaan atas khidmat bakti dan jasa mereka sepanjang berkhidmat di Istana Negara. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Rusli Asri tidak mampu menyemnbunyikan rasa sebak dan sedih kerana harus berpisah dengan Istana Negara selepas 40 tahun mencurah khidmat. - Gambar BERNAMA
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan, perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan serta perwakilan asing di Istana Negara malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mac 2024.
Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Ini merupakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama yang dihadiri Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Agong berkenan nikmati santapan minum petang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.