awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai'

Bernama
Bernama
07/09/2023
21:12 MYT
'Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai'
Menurut Siti Norita, sungai di Perak dan Selangor antara yang serius menghadapi masalah dengan kehadiran ikan baung ekor merah. - Gambar hiasan/Astro AWANI
JELEBU: Pemancing disaran membantu mengeluarkan ikan baung ekor merah dari perairan sungai bagi menyelamatkan ikan-ikan asli tempatan, kata Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi Dr Siti Norita Mohamad.
Beliau berkata usaha itu penting kerana makanan ikan baung ekor merah ialah 50 peratus daripada ikan asli tempatan serta udang galah.
"Apabila perut ikan ini dibelah, terdapat ikan tempatan di dalam perut ikan ini. Memang kami galakkan pemancing untuk memancing dan keluarkan ikan ini ... jangan lepaskan ke dalam sungai," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka IPP Glami Lemi dan Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui di sini semalam.
Siti Norita berkata sungai di Perak dan Selangor antara yang serius menghadapi masalah dengan kehadiran ikan baung ekor merah ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Doreen Wee Siew Leen berkata pihaknya dan IPP Glami Lemi turut mengadakan program bagi memburu spesies ikan berkenaan di Sungai Triang.
"Di Sungai Triang memang tidak serius seperti di Selangor tetapi kami ada jumpa dua ekor ikan ini menggunakan tajur dan menjala, walaupun saiz kecil dan seberat tiga kilogram, apabila buat pembedahan ada telur, itu yang kami bimbang," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekosistem
#ikan baung ekor merah
#Siti Norita Mohamad
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan