awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor bangun KUSEL untuk selaras, susun sistem pemetaan utiliti bawah tanah - MB

Bernama
Bernama
25/08/2024
21:15 MYT
Selangor bangun KUSEL untuk selaras, susun sistem pemetaan utiliti bawah tanah - MB
Amirudin semasa merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam pada Ahad. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Selangor telah membangunkan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sejak 2020 bagi menyelaras dan menyusun sistem pemetaan utiliti di bawah tanah negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, KUSEL juga bertujuan mengetahui dan mengenal pasti sebarang insiden luar jangka yang berlaku di bawah tanah di Selangor.
"Penubuhan KUSEL ini adalah untuk kita mengetahui secara khusus apakah utiliti yang ada di bawah jalan atau tanah dalam tempat kita," katanya ketika ditanya mengenai perancangan dan persediaan Kerajaan Negeri Selangor susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, di Setia Alam, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Amirudin juga berkata, insiden itu adalah peringatan kepada semua khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
"Kita kena siap siaga. Tidak boleh membuat kesimpulan terlalu awal (berhubung insiden itu). Yang penting bagi kita ialah beri perkhidmatan terbaik dan jamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat," katanya.
Jumaat lepas, mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.
Wanita itu, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.
KUSEL ditubuhkan pada 18 Dis 2020 sebagai badan penyelaras dan penyelia utiliti Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Pelantikan KUSEL bertujuan membantu dan memudah cara pihak berkuasa negeri, PBT dan pihak berkuasa jalan dalam perancangan kemudahan awam serta laluan utiliti sama ada di lokasi sedia ada atau dalam kawasan pemajuan baharu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KUSEL
#PNB
#tanah jerlus
#Masjid India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan