awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor cari teknologi terbaik bagi penanaman jagung

Bernama
Bernama
09/09/2023
22:40 MYT
Selangor cari teknologi terbaik bagi penanaman jagung
Malaysia perlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus berjaya ditanam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Selangor kini mencari teknologi terbaik dan sesuai bagi penanaman jagung dalam usaha mengurangkan kebergantungan negeri itu terhadap eksport luar negara.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata Malaysia memerlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus yang berjaya ditanam.
"Kita akan buat di tanah seluas 300 ekar di Kuala Langat dan akan mencari tanah lain yang sesuai dalam negeri ini. Kita sudah jumpa benih yang sesuai.
"Sekarang ini, teknologi penanaman jagung bukan pertanian biasa. Di negara luar, 500 ekar dikira kecil kerana mereka tanam jagung di tanah seluas 1,000 ekar dan ke atas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buah-Buahan Selangor di SACC Mall di sini pada Sabtu.
Beliau berkata Kuala Langat bakal menjadi projek rintis dan diuruskan melalui proses penjenteraan, bukan penanaman secara manual.
Izham berkata pihaknya akan memfokus kepada tanaman yang mendapat permintaan tinggi supaya tiada isu lambakan kerana tidak boleh dijual.
"Jagung ini sudah ada pasaran sendiri... jadi jika pasarannya sudah pasti, kita fokus sahaja yang itu. Tidaklah ada isu lambakan barangan tanaman atau produk tidak boleh dijual dan sebagainya, kita tahu mana produk yang boleh dijual," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengembalikan program Pesta Agro Selangor yang tertangguh sebelum ini akibat pandemik COVID-19.
"Kita akan mulakan semula Pesta Agro yang menghimpunkan semua usahawan dalam bidang pertanian dan industri asas tani di Selangor. Saya jangka kita akan buat pada 2025.
"Ini adalah usaha kita dalam mempromosi dan memasarkan produk bernilai tinggi keluaran Selangor selain produk hiliran. Ia selaras dengan dasar Pelan Transfomasi Agro Selangor (PETA) yang berhasrat memasarkan produk bernilai tinggi bagi menambah pendapatan warga tani," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jagung
#tanaman
#teknologi
#makanan ayam
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan