Selangor terus mencatat negeri tertinggi kes demam denggi tahun ini dengan jumlah kematian seramai 29 orang sehingga 21 Februari berbanding 8 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Daroyah Alwi, berkata, sehingga 21 Februari 2015, 12,427 kes denggi dicatatkan berbanding 7,507 kes bagi tempoh masa sama pada 2014 iaitu meningkat kepada 66 peratus.
Beliau turut mengulas, Petaling menjadi daerah tertinggi kes denggi, susulan nyamuk kebiasaannya akan bertumpu di kawasan bandar berikutan lambakan kawasan pembinaan dan perindustrian.
Ketika ini, Daerah Petaling mencatat kes denggi sebanyak 5,967, diikuti Hulu Langat, 2,222, Klang, 1,824 dan Gombak, 1,238.
Pada minggu kedua Februari lalu, Daerah Petaling mencatatkan 883 kes demam denggi.
Bagaimanapun, menurut dr. Daroyah, sejak Program Pasukan Petugas Khas Terjah dan Musnah Aedes dilaksanakan di Petaling pada 7 Februari lepas, kes denggi mencatatkan sedikit penurunan kepada 883 kes berbanding minggu sebelumnya 917 kes
Namun, beliau menegaskan, masyarakat perlu ada inisiatif bagi membasmi daripada membiarkan nyamuk Aedes terus membiak.
Masyarakat disarankan untuk mempergiatkan lagi langkah-langkah pencegahan denggi berkala seperti rumah dan tempat kerja sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu.
Selain itu, kebersihan alam sekitar perlu dititikberatkan dengan pelupusan sampah domestik dan sampah pukal secara teratur dan menjauhi tabiat membuang sampah haram dan ‘littering’ yang telah menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes tinggi di Selangor.
Sementara itu, dari segi klinikal, pesakit yang mengalami tanda seperti demam, sakit kepala dan sakit badan, terutamanya daripada kawasan berisiko tinggi dinasihatkan untuk cepat mendapatkan rawatan doktor daripada klinik berhampiran.
Latihan berkala untuk doktor awam dan swasta juga akan diteruskan untuk meningkatkan kepakaran klinikan mengesan dan merawat pesakit denggi.
Bagi memupuk kesedaran orang ramai mengenai pencegahan pembiakan Aedes secara serius, penguatkuasa bertindak mengenakan kompaun RM500 bagi semua premis yang didapati membiak jentik-jentik dan arahan berhenti kerja atau tindakan mahkamah akan dikuatkuasakan untuk tapak pembinaan yang menjadi sarang pembiakan nyamuk.
Norsiah Mohd Ramli
Wed Feb 25 2015
DR DAROYAH: Selangor catat 29 kematian kes denggi sehingga Februari - Gambar fail
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Selangor catat 29 kematian kes denggi sehingga Februari - Dr Daroyah
Selangor terus mencatat negeri tertinggi kes demam denggi tahun ini dengan jumlah kematian seramai 29 orang sehingga 21 Februari berbanding 8 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.