awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor catat kes tertinggi seks luar tabii libatkan mangsa bawah umur - Siti Zailah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/12/2021
06:00 MYT
Selangor catat kes tertinggi seks luar tabii libatkan mangsa bawah umur - Siti Zailah
Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor merupakan tiga negeri tertinggi yang mencatat kes seks luar tabii melibatkan mangsa di bawah 18 tahun, bagi tempoh antara 2019, hingga November tahun ini, kata Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
KUALA LUMPUR: Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor merupakan tiga negeri tertinggi yang mencatat kes seks luar tabii melibatkan mangsa di bawah 18 tahun, bagi tempoh antara 2019, hingga November tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor merekodkan 94 kes diikuti Kuala Lumpur (39 kes) dan Johor (37 kes).
Selain itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata, jumlah mangsa di bawah usia 18 tahun secara keseluruhan bagi tempoh tersebut ialah sebanyak 287 manakala kes melibatkan mangsa antara 16 hingga 18 tahun secara keseluruhan sebanyak 290.
Menurut Siti Zailah, berdasarkan sumber PDRM, statistik kesalahan luar tabii melibatkan mangsa di bawah 18 tahun bagi 2019 hingga November 2021, adalah seperti berikut:
* Perlis (4 kes) * Kedah (13 kes) * Pulau Pinang (12 kes) * Perak (16 kes) * Selangor (94 kes) * Kuala Lumpur (39 kes) * Negeri Sembilan (8 kes) * Melaka (8 kes) * Johor (37 kes) * Pahang (16 kes) * Terengganu (9 kes) * Kelantan (6 kes) * Sabah (18 kes) * Sarawak (7 kes)
Selain itu Siti Zailah berkata, pecahan mangsa mengikut jantina ialah 114 lelaki dan 176 perempuan.
Parlimen | Kes tertinggi seks luar tabii bawah umur di Selangor
Dalam perkembangan berkaitan, Siti Zailah berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti dua faktor utama perkahwinan di bawah umur iaitu kekurangan atau ketiadaan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual serta kemahiran keibubapaan
“Melalui Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menetapkan komitmen pemegang taruh utama di peringkat kerajaan, swasta, mahupun badan bukan kerajaan.
“Di bawah faktor ini, empat strategi utama melibatkan penyediaan platform penyampaian informasi SRH (Kesihatan Seksual Reproduk) kepada kanak-kanak dan ibu bapa, menyediakan perkhidmatan SRH mesra kanak-kanak dan remaja untuk meningkatkan advokasi dan intervensi berkaitan SRH termasuk isu jenayah seksual kepada kanak-kanak,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli yang mahu mengetahui statistik terkini melibatkan seks luar tabii dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Siti Zailah Mohd Yusoff
#seks luar tabii
#mangsa bawah umur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan