awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Abdul Khalid

Astro Awani
Astro Awani
06/08/2014
10:26 MYT
Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Abdul Khalid
Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Gambar fail
"Ianya merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor khususnya."
Itu petikan jawapan surat tunjuk sebab Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat tindakan menyingkirkannya merupakan keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.
"Ia satu keputusan tidak adil, bukan sahaja kepada saya tetapi terhadap kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini.
"Anggapan salah berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dan mengurus sesebuah Kerajaan Negeri dengan baik juga akan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Pada Selasa, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong meminta Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Abdul Khalid turut menulis di dalam laman Tweeternya mengenai surat tunjuk sebab berkenaan.
Lampiran: Jawapan Kepada Notis Tunjuk Sebab - http://t.co/12IFmViGCX
— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) August 6, 2014
Surat itu perlu dijawab sebelum atau pada Jumaat ini. Abdul Khalid turut mempertikaikan 'hukuman' yang akan dijatuhkan kepadanya dan menyifatkan perlu mematuhi serta menghormati peruntukan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor.
"Saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Negeri Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan saya seharusnya meletakkan jawatan.
"Ini maksud saya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang keputusan berkenaan penukaran Menteri Besar Selangor perlu memegang kepada prinsip undang-undang dan tatacara di dalam undang-undang," jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid mahu notis itu menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.
"Pernyataan secara spesifik perlu dinyatakan secara bertulis, malangnya setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos 2014 dilihat sebagai satu notis yang cacat; tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Khalid turut menyatakan, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil kepadanya.
Surat Khalid
Surat Khalid
Surat Khalid
Surat Khalid
Surat Khalid
Surat Khalid
Tegasnya, 'Langkah Kajang' tidak pernah dipersetujui selain mengungkit tindakan Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa alasan munasabah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat.
"Saya kesal setelah melakukan tindakan tersebut, Chin Cheh tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib malah dibenarkan bertanding di peringkat Cabang.
"Ia mencemar nama baik parti di mata parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor," katanya.
Episod drama Kajang bermula pada Januari apabila wakil rakyat penyandangnya Chin Cheh meletakkan jawatan dan dengan dengan serta merta memaksa diadakan sebuah pilihan raya.
Keputuan Chin Cheh dibuat ketika seteru antara Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semakin memuncak.
Topic Berkaitan
#disiplin
#Keadilan
#Khalid
#langkah Kajang
#MB
#MPP
#PKR
#PR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan