awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/11/2024
20:00 MYT
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Menurut Amirudin, program itu akan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, di mana setiap PBT akan mengenal pasti 100 kawasan kejiranan. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM : Selangor mempergiatkan usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, program itu akan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, di mana setiap PBT akan mengenal pasti 100 kawasan kejiranan termasuk apartmen, kondominium, taman perumahan dan kawasan kampung untuk dijadikan pusat kitar semula.
"Setiap PBT akan mengenal pasti 100 lokasi kejiranan, menjadikan keseluruhannya 1,200 pusat kitar semula di seluruh Selangor.
"Ini akan digabungkan dengan inisiatif sedia ada seperti pengumpulan bahan sisa elektronik (E-Waste) yang telah bermula tahun ini.
"Usaha ini adalah langkah menyeluruh untuk memastikan alam sekitar kita terus terpelihara," katanya dalam wawancara bersama Agenda AWANI, pada Selasa.
Amirudin menambah, inisiatif itu akan dibiayai menerusi tabungan caj 20 sen yang dikenakan untuk penggunaan beg plastik di negeri itu.
Sejak diperkenalkan, kata beliau, tabungan itu berjaya mengutip dana sebanyak RM20 juta dan kira-kira RM6 juta daripadanya akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan program kitar semula itu.
"Dana ini memastikan program kitar semula dapat dilaksanakan secara mampan, di samping projek pemuliharaan alam sekitar lain seperti penanaman pokok dan pemeliharaan hutan simpan kekal," tambah beliau.
Dalam perkembangan berasingan, Amirudin berkata, Selangor akan memperkukuh pendidikan teknologi dan vokasional (TVET) melalui pelbagai inisiatif yang menumpukan kepada kerjasama strategik dengan industri dan institusi pengajian tinggi.
Beliau menegaskan, Selangor mempunyai sumber daya manusia yang mencukupi dan berkualiti, justeru penekanan harus diberikan kepada memperkemas kandungan institusi pendidikan sedia ada.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#pendidikan
#Hutan Simpan Kekal
#kitar semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan