Selangor merekodkan jumlah tertinggi penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari 2014 sehingga tahun ini.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini diikuti oleh penerima di negeri Johor dan Sarawak.
Beliau berkata pada tahun ini, sebanyak 8,362,666 permohonan BR1M diterima dengan 7,280,340 permohonan diluluskan manakala bakinya tidak berjaya memperoleh bantuan itu.
"Daripada jumlah yang berjaya, Selangor adalah penerima tertinggi iaitu sebanyak 1,017,403 penerima, Johor (889,636) dan Sarawak (735,817)," katanya ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Nurul Izzah ingin tahu senarai jumlah permohonan BR1M yang berjaya dan gagal mengikut negeri dari 2014 hingga sekarang.
Johari berkata pada tahun 2014, penerima di Selangor turut mendapat bantuan BR1M terbanyak iaitu seramai 987,757 dan 1,066,359 penerima pada 2015.
Dalam pada itu, beliau berkata program latihan kemahiran, latihan perindustrian dan kolej komuniti telah dijalankan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan dan pendapatan penerima BRIM.
Selain itu, katanya kerajaan turut memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melibatkan diri dalam industri kecil dan keusahawanan.
Bagi tujuan itu, Johari berkata kerajaan telah menyediakan kemudahan pinjaman kewangan termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Mara bagi menyediakan pinjaman kewangan.
"Pendidikan dan latihan kemahiran dalam bidang keusahawanan kepada rakyat bagi membantu mereka agar lebih berdaya saing dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016
Pada tahun ini, sebanyak 8,362,666 permohonan BR1M diterima dengan 7,280,340 permohonan diluluskan manakala bakinya tidak berjaya memperoleh bantuan itu.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.