awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor sasar transaksi RM11.7 bilion sempena Tahun Melawat Selangor 2025

Bernama
Bernama
27/12/2024
08:30 MYT
Selangor sasar transaksi RM11.7 bilion sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Selangor telah melakukan persiapan rapi dari segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan sekali gus mampu menerima kehadiran lapan juta pelancong sebagaimana sasaran. - Gambar hiasan/ Bernama
SUNGAI BESAR: Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim.
Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai mengambil kira persiapan rapi dari segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan sekali gus mampu menerima kehadiran lapan juta pelancong sebagaimana sasaran.
"Dari segi projek berkait infra pelancongan, kita telah pastikan semuanya dilaksanakan sejak tahun lepas dan saya nampak pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penggiat industri juga telah siap sedia untuk menerima seramai mungkin kehadiran pelancong ke negeri ini.
"Saya yakin dengan kerjasama semua pihak seperti Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, PBT, agensi pelancongan dan sebagainya kita akan terus hebahkan dan seterusnya capai atau melebihi sasaran ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan ISP, Nourish With Hope, ISP Cares! di sini hari ini.
Mengenai CSR itu, Ng berkata ia dilaksanakan Kumpulan ISP yang akan berlangsung hingga 2026, antara lain melibatkan pemberian beg makanan kepada 30 keluarga kurang berkemampuan.
Program membantu 120 keluarga melalui baucar barangan runcit sebanyak RM300 secara bulanan pula membabitkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM216,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Selangor
#2025
#Ng Suee Lim
#ekonomi Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan