SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor menawarkan 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu merupakan program pengurusan bakat serta tenaga kerja yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan peruntukan RM58 juta.
Beliau berkata, inisiatif itu akan menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran tenaga kerja melalui kaedah pemprofilan, peningkatan kemahiran dan penempatan kerja dalam tempoh tiga tahun.
"Melalui inisiatif ini, kita menyasarkan 2,000 peluang pekerjaan akan diisi tahun ini oleh graduan lepasan institut pengajian tinggi, pelajar lepasan sekolah menengah termasuk latihan vokasional dan tenaga kerja yang telah diberhentikan.
"Pemohon akan melalui program latihan yang ditetapkan secara dalam talian dengan majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran. Mereka juga akan menjalani proses pementoran supaya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam pekerjaan tersebut," katanya semasa melancarkan inisiatif itu secara maya di laman Facebook Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) hari ini.
Amirudin berkata, melalui inisiatif itu juga pihaknya menyasarkan dapat meneroka peluang dalam industri aeroangkasa susulan lebih 60 peratus pendapatan bidang tersebut disumbang oleh syarikat seperti GE Engine Services Sdn Bhd, Aerobus Malaysia dan UMW Aerospace Sdn Bhd yang beroperasi di Selangor.
"Keadaan ini menjadikan Selangor sebagai hab utama bagi industri aeroangkasa di Malaysia dan dengan menyediakan tenaga kerja mengikut keperluan industri berkenaan, negeri ini dapat terus mengekalkan dan mengembangkan bidang tersebut di sini.
"Selangor ingin menarik minat industri bernilai tinggi untuk melabur di negeri ini dan akan menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang akan menaik taraf upah penggajian tenaga kerja dalam melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan membangunkan pangkalan data tenaga kerja bersepadu termasuk kerangka kemahiran kerjaya dalam sektor aeroangkasa agar latihan yang diperlukan dapat disediakan untuk menyokong industri bernilai tinggi selain menghadapi cabaran pekerjaan pada abad ke-21.
Katanya, laman sesawang Selangor Kerjaya juga telah dibangunkan bagi melicinkan proses pelaksanaan inisiatif tersebut dan individu berminat boleh berdaftar dengan melayari www.selangorkerjaya.com.my.
"Pendaftaran dibuka kepada tenaga kerja dan juga majikan yang berminat untuk mendapat pekerja menepati permintaan industri di samping memanfaatkan program latihan disediakan untuk membantu tenaga kerja terpilih terus membina kemahiran mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu merupakan program pengurusan bakat serta tenaga kerja yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan peruntukan RM58 juta. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.