SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selanor tidak menolak kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah dengan mengambil kira aspek peningkatan jumlah pengundi berumur 18 tahun sehingga 20 tahun dan pertambahan penduduk akibat migrasi ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata namun, tumpuan juga perlu diberikan terhadap aspek kesekataan jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
"Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya 'malapportionment' ataupun ketidaksekataan yang akan mengakibatkan nilai undi di satu kawasan tidak setanding dengan kawasan yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian bagi pihak Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di persidangan DUN Selangor hari ini bagi menjawab soalan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) yang ingin tahu mengenai cadangan persempadanan semula di negeri ini.
Ng berkata pada 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan kepada Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menurunkan had usia kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan ia berkait dengan kelayakan mengundi di dalam pilihan raya, serta kelayakan menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat.
"Secara amnya, walaupun sudah melebihi dua tahun sejak pindaan ini diluluskan, proses ini akan selesai pada 31 Dis ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, sebagaimana diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar," katanya.
Menurutnya kali terakhir bilangan kerusi DUN Selangor ditambah pada 2003 sewaktu proses persempadanan semula dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004, iaitu daripada 48 kerusi kepada 56 kerusi di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Sze Han berkata namun, tumpuan juga perlu diberikan terhadap aspek kesekataan jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor
Kos sara hidup tinggi menjadi antara penyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi bagi orang Islam di negeri Selangor.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Penjawat awam perlu ada 'sense of urgency' dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.
DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan (JP) baharu pada Penggal Pertama Persidangan Dewan ke-15.
Selangor luluskan 1,506 projek perkilangan, jana nilai pelaburan lebih RM88 bilion
Persidangan DUN Selangor diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.