Selangor tidak menolak kemungkinan bertindak selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Isnin lepas yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga negeri, Dr Daroyah Alwi bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan diputuskan selepas kerajaan negeri mengadakan bengkel pada 11 dan 12 Jan depan bagi mendengar pandangan semua pihak terlibat termasuk pengusaha vape.
"Dalam bengkel itu, kita akan jemput semua Exco negeri, Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pendidikan, Penasihat Undang-undang dan Unit Perancang Ekonomi (UPEN).
"Untuk keadilan bersama, bengkel berkenaan juga akan dihadiri pengusaha vape untuk beri taklimat kepada kita. Kita perlu berlaku adil kepada mereka kerana pelaburan untuk mulakan perniagaan itu besar, jadi kita perlu dengar pandangan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr Daroyah berkata buat masa ini kedudukan penggunaan e-rokok dan vape di Selangor masih kekal dan kedua-duanya boleh dijual beli tanpa halangan.
Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri meminta PBT menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka memahami isu vape misalnya daripada aspek keburukan dan kesan peranti elektronik serta cecair perisa yang terkandung di dalamnya.
Tambah beliau, keputusan mengenai status e-rokok dan vape akan diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Semalam, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dalam satu kenyataan berkata, sebarang keputusan berkaitan hukum penggunaan e-rokok dan vape di Selangor hanya akan diputuskan tahun hadapan.
Mohd Tamyes berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bermesyuarat Januari depan, setelah mendapat maklumat tambahan berkaitan perkara berkenaan daripada kerajaan negeri.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Isnin lepas, berkata semua ahli muzakarah bersetuju penggunaan rokok e-rokok dan vape adalah haram.
Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Bernama
Thu Dec 24 2015

Selangor tidak menolak kemungkinan bertindak selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Isnin lepas yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape. - Gambar fail
![[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak [TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892875/27199807701614494147463_640x360.jpg)
[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Kemelut politik parti pembangkang - Reaksi Penganalisis
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Kemelut politik parti Amanah - Reaksi Mujahid Yusof
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Situasi politik PKR Sarawak, Larry Sng letak jawatan?
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Larry Sng letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Lompat parti: Anwar perlu teliti permohonan tiga Adun Amanah sertai PKR - Mujahid
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti.

Pulau Pinang akan terima 62,000 dos vaksin dalam tempoh terdekat
Lima kotak penghantaran yang akan diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan.

Calon Timbalan Speaker DUN Selangor dipilih secara konsensus - Amirudin
Gabungan itu akan membuat keputusan secara konsensus dalam kalangan PKR, DAP dan Amanah bagi mengisi jawatan itu berikutan peletakan jawatan Dr Daroyah Alwi.

Tindakan Daroyah tidak jejaskan PKR dan PH Selangor - Amirudin Saari
Menurut Amirudin perkara itu bukan sesuatu yang baru dan berdasarkan pengalaman telah berdepan dengan beberapa tindakan yang sama di kalangan ahli parti.

Dr Daroyah keluar PKR, hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim
Dr Daroyah berkata, Presiden parti dan pentaksubnya telah gagal menjalankan amanah majoriti ahli parti yang memilih mereka.

JP-PBT akan bentang penyata selesaikan isu sampah haram di Selangor
Penyata itu akan mengandungi tatacara pelaksanaan yang perlu dilakukan kerajaan negeri dalam menguruskan sampah termasuk sampah domestik seperti sampah kilang, sampah berjadual dan sampah binaan.

Kes demam denggi turun 18 peratus tahun lepas
Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 78 kes kematian dicatatkan akibat demam denggi berbanding 127 kes pada tahun sebelumnya.

Keputusan penggunaan vape di Selangor tertakluk kepada dasar KKM
Kerajaan Selangor bersetuju sebarang keputusan berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selangor tangguh pembaharuan, permohonan lesen penjualan vape
Pihak berkuasa tempatan turut diarah menghentikan sementara serbuan ke atas premis-premis penjualan vape di seluruh Selangor.

Selangor tidak tolak kemungkinan turut haramkan vape
Selangor tidak menolak kemungkinan bertindak selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Isnin lepas yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik.