SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan kerangka dan peraturan berkaitan sektor ekonomi penjagaan melibatkan kanak-kanak serta warga emas di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata dengan adanya kerangka berkenaan ia akan mengelakkan kerjaya kaum wanita daripada tersekat berikutan tanggungjawab terhadap keluarga.
Justeru, beliau berkata menerusi kerangka itu juga akan menjadi pemangkin buat wanita untuk terus berkerjaya tanpa risau memikirkan penjagaan anak atau ibu bapa.
"Kita sewajarnya mempunyai kerangka kerana hal ini bukan perkara baharu, sebagai contoh, hari ini ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat jagaan.
"Apabila berlaku situasi yang tidak mempunyai sokongan (keselamatan dan kewangan), wanita terpaksa berhenti dan kerjaya mereka akan tersekat kerana perlu menjaga anak, ibu bapa atau perlu sediakan kos tinggi sekiranya dihantar ke pusat jagaan formal," katanya ketika berucap pada Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2023 di sini semalam.
Amirudin berkata simposium itu ialah medan terbaik bagi melihat nilai dan kitaran ekonomi berkaitan sektor berkenaan ekoran kadar kelahiran yang semakin berkurang di Selangor.
"Kadar kelahiran di negeri ini semakin berkurang dengan purata 1.9 pada 2018 ekoran kebimbangan (pasangan suami isteri) terhadap kos penjagaan yang tinggi. Pada masa sama, jangka hayat penduduk di Selangor tinggi, dua tahun setengah lebih panjang daripada jangka hayat nasional," katanya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata sebagai sebuah negeri termaju, Selangor harus mengambil satu langkah ke hadapan bagi mengiktiraf sektor penjagaan sebagai segmen penting dalam pembangunan negeri selain mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri.
"Bagi merealisasikan hasrat ini, dasar, inisiatif dan program sedia ada perlu diperhalusi, ditambah baik serta dirangka secara berstrategi, supaya aspek ekonomi dan penjagaan diintegrasikan mengambil kira golongan sasar yang pelbagai.
"Penglibatan pihak berkepentingan serta pakar bidang adalah sangat kritikal bagi membantu kerajaan negeri memformulasikan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan yang holistik dan mampan," katanya.
Anfaal berkata penganjuran simposium itu sebagai platform kepada pihak berkepentingan untuk membentuk pandangan berkenaan ekonomi penjagaan, berdiskusi tentang isu-isu berkaitan, mengutarakan idea, cadangan, hala tuju dan strategi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Amirudin (duduk, tengah) bergambar bersama para peserta Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2023 selepas merasmikan simposium itu di Shah Alam, 30 Okt 2023. -- fotoBERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.