awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan

Bernama
Bernama
11/03/2024
03:20 MYT
Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan
Murid Tahun Satu kelihatan ceria semasa bergambar bersama selepas menghadiri perhimpunan hari pertama sebelum memulakan sesi pembelajaran yang bermula hari ini di Sekolah Kebangsaan St Paul Seremban. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Selepas 125 tahun penubuhannya, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul di sini mencatat sejarah apabila mula menerima kemasukan pelajar perempuan buat kali pertama bersempena dengan sesi baharu persekolahan hari ini.
Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah Dr Mahadevan Deva Tata berkata pengambilan pelajar perempuan di sekolah itu merupakan inisiatif yang ingin dilakukan sekian lama berikutan kekurangan murid sejak lima tahun lepas.
“Biasanya, pelajar tahun satu lebih 100 orang, tapi sejak lima tahun kebelakangan ia menurun kepada kira-kira 70 pelajar sahaja, jadi bekas guru besar sebelum ini mahu kita buat sesuatu, kerana kita tidak mahu sekolah ini ditutup jika jumlah murid semakin sedikit. Kita tak mahu keadaan jadi teruk baru nak ubah.
“Kebanyakan ibu bapa hantar anak perempuan mereka ke sini disebabkan turut hantar anak lelaki ke sini, jadi ia memudahkan pihak sekolah selain kita buat promosi … ramai yang nak daftar untuk tahun dua dan tiga tapi kita ambil tahun satu sahaja buat masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Guru Besar E. Margret berkata sebanyak 10 pelajar perempuan tahun satu mendaftar di sekolah berkenaan dan menjangkakan peningkatan selepas ini dengan segala persiapan dan kemudahan untuk mereka termasuk tandas dilakukan sejak dua bulan lepas.
“Kita mahukan perubahan demi kemenjadian mereka pada masa hadapan, hari ini saya tengok mereka gembira dan teruja datang ke sekolah. Tiada bantahan daripada ibu bapa, tujuan kita adalah untuk meningkatkan jumlah pelajar di sekolah ini,” katanya dan menambah sejumlah 102 pelajar tahun satu mendaftar hari ini.
Sementara itu, pelajar tahun satu Ashley Vianna Mattheus, 7, berkata dia berasa teruja untuk hadir ke sekolah kerana mahu berjumpa rakan-rakan baharu.
“Saya bangun 6 pagi hari ini, sarapan sebelum ayah hantar ke sekolah, rasa gembira lepas lama cuti, ada rasa gementar sedikit sebab sekolah baharu tapi (teruja sebab) dapat jumpa ramai kawan,” katanya.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin memaklumkan keseluruhan sebanyak 174,110 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan di negeri ini pada hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SK St Paul Seremban
#pelajar perempuan
#kurang murid
#murid Tahun Satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan