Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selepas sekutunya dari DAP, Lim Guan Eng berbuat demikian menerusi satu kenyataan pagi tadi.
"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Anwar bagaimanapun mempertahankan tindakannya dalam mengemukakan hanya satu nama kepada Sultan, sambil mengatakan bahawa amalan yang sama telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memilih calon untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri.
Katanya amalan itu telah pun dipraktikkan sejak zaman kemerdekaan lagi di mana Umno dan BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen untuk jawatan-jawatan tersebut.
"Keadilan mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Keadilan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," kata Anwar lagi.
Sementara itu, Anwar membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas kenyataannya yang dibuat semalam yang didakwanya 'menafikan' pendirian PKR dalam menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.
Tegas beliau, Najib sepatutnya jujur dengan pendirian parti dan tidak mengkritik PKR kerana mematuhi amalan yang sama.
Semalam, Istana Selangor mengeluarkan sebuah kenyataan yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang mengingkari arahannya.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.
Setakat ini, hanya PAS akur dengan titah Tuanku untuk mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
PAS, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan telah menghantar tiga nama anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu, sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi dilaporkan menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor dan menamakan dua Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
PKR dan DAP, bagaimanapun, sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baharu.
Haider Yutim
Tue Sep 09 2014
Anwar pertahan tindakannya mengemukakan hanya satu nama bagi jawatan MB Selangor. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.