Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel

People carry a casualty of an Israel and U.S. strike on a police station in Tehran, Iran, March 3, 2026. Majid Khahi/ISNA/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Pertubuhan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran, berkata tiga daripada yang terkorban adalah kakitangan daripada Perkhidmatan Kecemasan 115. - Reuters

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan setakat ini terkorban sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada akhir Februari, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Mehr.

Jafar Miadfar, ketua Pertubuhan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran, berkata tiga daripada yang terkorban adalah kakitangan daripada Perkhidmatan Kecemasan 115, menurut agensi berita itu.

Advertisement

Miadfar menambah bahawa yang lain terdiri daripada doktor, jururawat dan juruteknik yang bertugas di pelbagai jabatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video