PARIT BUNTAR: Selepas projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan, Kerajaan Perak mendaftarkan projek lebuhraya baharu menghubungkan Tanjung Malim ke Lumut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan perkara itu berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini.
Menurutnya, cadangan itu adalah rancangan jangka panjang apabila Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) beroperasi untuk memudahkan pengangkutan logistik ke Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).
"Kita ada 10 projek yang kita senaraikan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Perak baru-baru ini.
“Pertama kita senaraikan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Kerian dan kedua ialah projek lebuh raya Tanjung Malim-Lumut.
"Jadi produk-produk yang dihasilkan di AHTV akan dihantar ke LUMiC untuk eksport dan kita akan perkasakan pelabuhan Lumut itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera di LSS4 Tali Air di sini, hari ini.
Menurut Saarani, pelaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dan dijangka bermula bersama-sama pembangunan AHTV di Tanjung Malim.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang perincian melibatkan jajaran dan jarak lebuh raya berkenaan.
Sementara itu, Saarani berkata, perasmian ladang solar milik syarikat Asiabina Solar itu merupakan detik penting dalam menyokong penggunaan tenaga bersih dan lestari di Perak.
Menurutnya, ia adalah langkah awal menjadikan daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
"Ladang solar berkapasiti 50MW ini mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun, mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun.
"Ia selaras dengan Agenda Teknologi Hijau dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030," ujarnya.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 peserta yang merupakan penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian.
Menurutnya, kesemua peserta akan ditempatkan di pangsapuri yang dibina secara usaha sama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Bumi Johan Sdn Bhd yang juga anak syarikat Asiabina.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 16 2024
Saarani berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut