Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan berkata akan memberi perhatian serius terhadap masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital kerajaan ketika ini.
Beliau yang merupakan pakar kardiologi di sebuah hospital swasta di sini berkata masalah kekurangan ubat itu berlaku disebabkan kekangan peruntukan kepada kementerian dalam Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu.
"Ini (masalah kekurangan ubat) pasti ada kaitan dengan peruntukan kewangan dan kita perlu lihat bagaimana kita boleh selesaikan dalam keadaan peruntukan adalah terhad dan saya yakin ia boleh diselesaikan.
"Pesakit yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan terdiri daripada golongan miskin dan sederhana atau kakitangan kerajaan, jadi ini merupakan perkara utama yang akan saya bawa berbincang dengan Menteri Kesihatan (Dr Dzulkefly Ahmad)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Taman Bersatu di sini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan disertai kira-kira 500 penduduk setempat.
Dr Lee berkata beliau juga akan memberi perhatian terhadap masalah hospital baharu di Seri Iskandar yang telah lama tertangguh pembinaannya.
Selain itu, beliau juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah pembinaan hospital Kampar yang perlu dibina di tapak yang lebih luas dan sesuai.
"Apabila saya masuk (memulakan perkhidmatan) di kementerian, saya akan meneliti perkara ini untuk menyelesaikannya," katanya.
Dr Lee yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri sebelum ini pernah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri Kesihatan setelah menerima panggilan dariada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada 28 Jun Dr Dzulkefly mengesahkan Ahli Parlimen Gopeng itu bersetuju menerima jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 02 2018
Dr Lee Boon Chye mahu selesaikan masalah kekurangan ubat-ubatan meskipun dalam keadaan peruntukan terhad. - Gambar hiasan
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).