awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng beli minyak urut RM9 juta, SPRM reman dua bekas pengarah syarikat

Fareez Azman
Fareez Azman
14/04/2023
08:41 MYT
Seleweng beli minyak urut RM9 juta, SPRM reman dua bekas pengarah syarikat
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 50 dan 55 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua bekas pengarah syarikat pemilik pusat urut terkemuka berhubung penyelewengan dana bagi pembelian minyak urut bernilai kira-kira RM9 juta.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 50 dan 55 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat. Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Bekas pengarah urusan dan pengarah eksekutif syarikat terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis.
Difahamkan, suspek menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengarah syarikat
#pusat urut terkenal
#beli minyak urut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan