awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana latihan RM4 juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman

Bernama
Bernama
19/09/2018
04:56 MYT
Seleweng dana latihan RM4 juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman
Dua pegawai anak syarikat Felcra Berhad dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa berkaitan penyelewengan kewangan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta. -- fotoBERNAMA
Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Sept itu terhadap dua lelaki terbabit selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pengarah urusan itu ditahan kira-kira 6.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada 5.40 petang di SPRM Kelantan.
SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang.
SPRM dilaporkan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.
BACA: Penyelewengan kontrak latihan RM4 juta: Dua ditahan bantu siasatan SPRM
Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai memanipulasi sebut harga selain melantik syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat terbabit.
Kata sumber itu, salah guna kuasa tersebut dikesan bermula pada 2014 dan berlarutan sehingga kini membabitkan nilai projek kira-kira RM4 juta.
Sumber SPRM itu berkata setakat ini 15 individu telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini dan SPRM Kelantan untuk ditemu bual berhubung kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak syarikat
#Felcra Berhad
#kerajaan
#Mahkamah Majistret
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan