awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim dalam kes Charlie Kirk dengar permohonan gugurkan pasukan pendakwaan
FAA arah syarikat penerbangan berhati-hati terbang di atas Mexico, Amerika Tengah dan Selatan
Bapa bawa anak lakukan kegiatan penyeludupan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selisih faham di bar, dua lelaki cedera dilanggar

Bernama
Bernama
27/09/2022
21:30 MYT
Selisih faham di bar, dua lelaki cedera dilanggar
Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang lelaki lain dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar di Taman Molek di sini awal pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang lelaki lain dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar di Taman Molek di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sebelum ini mengesan sebuah video berdurasi seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar.
Mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu, beliau berkata insiden pada 5 pagi tersebut membabitkan dua lelaki warga tempatan berumur 30 dan 36 tahun.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang bermula di dalam sebuah bar dan berlarutan hingga ke luar premis antara kedua-dua lelaki berkenaan.
"Lelaki berusia 30 tahun itu kemudian menaiki sebuah kereta dan bertindak melanggar mangsa serta seorang lagi lelaki tempatan berumur 35 tahun yang turut berada di lokasi kejadian. Meskipun kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, mereka kini dalam keadaan stabil," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Sohaimi berkata pihaknya berjaya menahan lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden itu di Jalan Persisiran, Seri Alam, Masai pada 9.10 malam ini.
Beliau berkata semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah manakala ujian air kencing juga adalah negatif.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selisih faham
#pergaduhan
#dilanggar
#Taman Molek
#Polis Daerah Seri Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan