JELI: Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata semakan maklumat itu boleh dibuat di laman sesawang agensi berkaitan seperti Portal Banjir Negeri dan sebagainya, bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku seperti terkandas akibat banjir ketika dalam perjalanan.
"Ketika ini ramai yang pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan mahu pergi ke lokasi lain atas urusan tertentu.
"Justeru, saya minta semak maklumat berkaitan banjir terlebih dahulu, sama ada laluan itu boleh dilalui atau sebaliknya kerana maklumat-maklumat ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shafien memohon agar pengguna jalan raya tidak sesekali cuba meredah banjir sekiranya sesuatu laluan itu tidak dibenarkan untuk dilalui.
"Jangan memberanikan diri meredah banjir semata-mata untuk sampai ke destinasi dengan cepat, kerana kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku," katannya.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata pihaknya akan mempertingkatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand, dalam usaha mengekang lelaki dikenali sebagai 'Long Tiger' lolos memasuki negara jiran itu.
"Kita arahkan semua IPD melakukan pemeriksaan terperinci, khususnya pintu masuk antara negeri dan sempadan negara di Kelantan ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali 'Long Tiger' yang terlepas dari tahanan, ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru pada 15 Dis lalu.
'Long Tiger' yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar, membabitkan tuduhan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari dari tahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing. - Foto BERNAMA
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Indeks Harga Pengguna 2021

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Negara perlu pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - Greenpeace Malaysia
Banjir di beberapa negeri pada Disember 2021 antara lain meragut 55 nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai RM2.6 bilion.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Banjir kilat: Lapan kampung di daerah Sik terjejas
Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan kesemua mangsa yang terjejas berpindah sementara ke rumah saudara-mara dan jiran.

Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa
Mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang
Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba
Kawasan terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.

69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh
Hujan monsun lebat membawa banjir terburuk dalam lebih satu abad di beberapa kawasan rendah Bangladesh.

Mangsa banjir di PPS Bandar Baharu meningkat
Kesemua mangsa banjir itu berada di Dewan Keda Sungai Tengas yang mula dibuka pada pukul 8 malam tadi.

Satu PPS dibuka tempatkan 18 mangsa banjir di Kedah
PPS itu, yang dibuka pada jam 8 malam, menempatkan mangsa banjir dari Mukim Selama.