awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan gaji minimum bagi pas penggajian ekspatriat lindungi kepentingan bakat tempatan

Bernama
Bernama
13/01/2026
13:43 MYT
Semakan gaji minimum bagi pas penggajian ekspatriat lindungi kepentingan bakat tempatan
Sikh Shamsul Ibrahim berkata dasar baharu itu bertujuan untuk menggalakkan syarikat di Malaysia menggaji lebih ramai pekerja tempatan dan bukannya ekspatriat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Semakan gaji minimum untuk pas penggajian bagi ekspatriat, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2026, merupakan langkah strategik kerajaan untuk melindungi kepentingan bakat tempatan.
Perkara ini dinyatakan hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
Beliau berkata dasar baharu itu bertujuan untuk menggalakkan syarikat di Malaysia menggaji lebih ramai pekerja tempatan dan bukannya ekspatriat, sama ada untuk jawatan sementara atau tetap.
"Ia telah menjadi dasar kita selama bertahun-tahun. Malah, apabila kami meluluskan (pekerjaan), kami melihat kewajarannya, sama ada jawatan itu boleh disetempatkan atau tidak.
"Banyak jawatan boleh disetempatkan, terutamanya jawatan bukan teknikal (yang mana) kita tidak mahu (menawarkan kepada) ekspatriat lagi kerana orang tempatan boleh melakukan tugas itu," kata Sikh Shamsul Ibrahim kepada pemberita selepas sesi penghargaan dan perangkaian media MIDA, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi MIDA Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sesi itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan ketua pengarang BERNAMA Arul Rajoo Durar Raj.
Sikh Shamsul Ibrahim juga menolak tanggapan bahawa langkah ini boleh memberi kesan kepada pelaburan asing di negara ini.
Beliau yang menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya menegaskan bahawa semakan terakhir dilakukan pada 2016.
Sikh Shamsul Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas pengumuman baru-baru ini oleh Pusat Khidmat Ekspatriat di portal Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengenai syarat gaji minimum yang dikemas kini untuk Pas Penggajian (EP) Kategori I, II dan III, seperti yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Berkuat kuasa 1 Jun tahun ini, gaji minimum semasa untuk EP Kategori 1 telah disemak semula kepada RM20,000 dan ke atas (daripada RM10,000 dan ke atas ketika ini).
Bagi EP Kategori II, gaji yang disemak semula adalah RM10,000 hingga RM19,999 (daripada RM5,000 semasa kepada RM9,999), dan bagi EP Kategori III, gaji disemak semula kepada RM5,000 hingga RM9,999 (daripada RM3,000 semasa kepada RM4,999).
Menurut pengumuman itu, semua permohonan EP baharu dan pembaharuan yang dikemukakan mulai 1 Jun 2026 dan seterusnya mesti mematuhi keperluan gaji minimum yang disemak semula.
Syarikat dinasihatkan untuk merancang dan menyelaraskan unjuran Pekerja Berpengetahuan Bukan Warganegara (FKW) mereka dengan sewajarnya, bagi mengelakkan potensi gangguan kepada penglibatan dan permohonan pembaharuan yang akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semakan gaji minimum
#bakat tempatan
#Pas Penggajian
#Ekspatriat
#MIDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan