awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan kemasukan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 bermula hari ini - KPM

Bernama
Bernama
21/05/2025
02:20 MYT
Semakan kemasukan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 bermula hari ini - KPM
Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing.
PUTRAJAYA: Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula pukul 10 pagi.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh dibuat menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.
Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara dalam talian akan dibuka bermula esok (22 Mei) hingga 21 Jun melalui laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.
"Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing," menurut kenyataan itu.
KPM turut memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang sama, mulai hari ini hingga 21 Jun.
Keputusan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program matrikulasi
#KPM
#semakan
#SPM 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami