Seekor lembu jantan milik seorang penduduk yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta berjaya dinaikkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas aduan dibuat pemilik haiwan ternakan itu.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli, Pegawai Bomba, Norazman Sulaiman, lembu dengan berat lebih 150 kilogram itu dipercayai terjatuh dalam sebuah perigi tanpa air di Kampung Baru Sungai Mekong di sini lewat petang Sabtu.
"Pihak Bomba menerima panggilan dari tuan punya lembu sekitar jam 9.30 pagi tadi sebelum memulakan operasi menaikkan lembu jantan yang berada dalam perigi sedalam 10 kaki.
"Lembu berkenaan dimiliki oleh seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Kak Ha," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, pihak bomba dengan empat orang anggota dengan dibantu pemilik lembu dan seorang penduduk kampung berjaya menaikkan lembu jantan itu dalam masa 25 minit.
Menurut Norazman, pihaknya mengikat tali di bahagian kepala dan juga badan sebelum menariknya naik dari dalam perigi berkenaan.
"Lembu berkenaan tidak meronta, kerana tiada ruang disebabkan badannya yang muat-muat dengan perigi, ketika dinaikkan lembu berkenaan mengalami luka di bahagian kepala dan kaki," tambahnya.
Kesan kecederaan itu dipercayai berpunca dari geseran ketika lembu itu terjatuh, katanya.
Katanya lembu itu berada dalam keadaan sihat namun kepenatan disebabkan semalaman terperangkap dalam perigi.
Lembu berkenaan diserahkan kepada pemiliknya selepas operasi khidmat khas tamat.
Vivi Sumanti
Sun Jun 16 2019
Lembu berkenaan tidak meronta, kerana tiada ruang disebabkan badannya yang muat-muat dengan perigi. - JBPM
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lembu di Kedah pun mandi dua kali sehari sebab cuaca panas melampau…
Kerana kasihankan lembu-lembu, Mahadi mandikan haiwan ternakannya di sebelah pagi dan lewat petang.
50 lembu mati dipercayai akibat diracun
Pada masa sama, ternakan itu juga tidak dimasukkan dalam kandang dan dibiarkan berkeliaran mencari makan di dalam ladang kelapa sawit.
'King of Sado' lembu terbaik dikorbankan, manfaat 1,000 asnaf
Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang.
Aidiladha: Aliran trafik masuk ke Kelantan sesak petang ini - PDRM
Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata aliran trafik masuk ke negeri ini melalui pintu masuk Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli lancar pagi tadi.
Jualan rumput Mohamad Zulhimi meningkat dua kali ganda menjelang Aidiladha
Permintaan jualan rumput itu semakin bertambah apabila harga dedak haiwan ternakan seperti lembu dan kambing meningkat.
Lembu sendawa: New Zealand rancang kenakan cukai
Ini akan menjadikannya negara pertama yang mengenakan cukai terhadap penternak bagi pelepasan gas metana.
Berenang sambil bawa jerami selamatkan haiwan peliharaan
Shafiq Muzaqir Shahrol Hair, 24, berkata hujan lebat pada Sabtu dan Ahad lepas menyebabkan air naik sampai ke paras bahu.
PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.
Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco
Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius kerana boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit itu ke kawasan lebih luas.
COVID-19: Ibadah korban berbeza di masjid Singapura tahun ini
Masjid-masjid akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daripada daging tersebut kepada keluarga berpendapatan rendah dalam komuniti.