awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat Malaysia luar biasa - Koordinator GSF, Sumeyra Akdeniz Ordu

Hilal Azmi
Hilal Azmi
08/10/2025
23:00 MYT
Semangat Malaysia luar biasa - Koordinator GSF, Sumeyra Akdeniz Ordu
Sumeyra memuji semangat perpaduan antara rakyat dan kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat, khususnya Palestin. - Astro AWANI
ISTANBUL: Koordinator Global Sumud Flotilla, Sumeyra Akdeniz Ordu menyifatkan Malaysia sebagai negara yang luar biasa kerana pendiriannya yang tegas terhadap rejim Israel dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ringkasan AI
  • Koordinator Global Sumud Flotilla, Sumeyra Akdeniz Ordu, menyifatkan Malaysia sebagai luar biasa kerana pendiriannya yang konsisten menolak hubungan rasmi dengan Israel.
  • Sumeyra kagum dengan semangat perpaduan rakyat dan kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan Palestin secara berterusan.
  • Beliau berharap semangat solidariti Malaysia dijadikan contoh oleh kerajaan lain untuk mewujudkan dunia yang lebih adil dan bersatu.

Dalam temu bual bersama wartawan di Istanbul, Sumeyra meluahkan rasa kagumnya terhadap semangat dan pendirian Malaysia yang tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel.
“Malaysia sangat menakjubkan dan saya perlu tekankan. Walaupun tiada wakil negara di Israel, saya kagum melihat keupayaan inl, katanya.
“Saya tidak tahu bahawa dalam pasport rakyat Malaysia terdapat kenyataan ‘sah digunakan di semua negara kecuali Israel’.
“Ia benar-benar luar biasa,” tambahnya dengan penuh semangat.
Sumeyra pada masa sama turut memuji semangat perpaduan antara rakyat dan kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat, khususnya Palestin.
“Apabila saya melihat rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia, saya berharap semua kerajaan di dunia dapat melakukan perkara yang sama,” katanya.
“Bayangkan jika kita dapat membina semangat berpasukan seperti ini, Israel bukan apa-apa.
“Kita hanya perlu wujudkan semangat itu. Jika setiap kerajaan menunjukkan solidariti seperti Malaysia, masya-Allah, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#Palestin
#rakyat Malaysia
#GSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan