awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat sambutan Hari Malaysia tidak mengira lokasi - TPM Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
15/09/2023
04:35 MYT
Semangat sambutan Hari Malaysia tidak mengira lokasi - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis penutupan Kembara Merdeka Desa Madani 2023 di Dataran Gemilang, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Semangat sambutan Hari Malaysia perlu disemarakkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira lokasi atau keberadaan bagi memperingati hari bersejarah itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Biarpun majlis itu akan diadakan di Kuching, Sarawak tetapi kita di Semenanjung ini khususnya di Putrajaya wajib untuk menjayakan perayaan ini dengan semangat yang sama dengan rakyat yang berada di Sabah dan Sarawak," katanya ketika menutup Kembara Merdeka Desa Madani Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023 di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata semangat patriotisme terhadap negara harus diterjemahkan dengan melibatkan komitmen yang tinggi daripada seluruh masyarakat bagi menyemarakkan bukan sahaja sambutan Hari Malaysia malah Hari Kebangsaan.
"Sambutan berkenaan bukan sahaja untuk menyuburkan semangat patriotisme tetapi mampu menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau mewajibkan KKDW untuk mengadakan Kembara Desa itu setiap tahun bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warga kementerian dan rakyat Malaysia.
"Program ini adalah manifestasi dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan komuniti terutamanya masyakat luar bandar sempena sambutan Bulan Kebangsaan negara," katanya.
Kembara berkonsepkan jelajah berkonvoi motosikal 'kapcai' merentasi lima negeri bermula di Pulau Pinang kemudiannya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Gemilang di sini juga bertujuan mempromosikan program-program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Zahid Hamidi
#Timbalan Perdana Menteri
#rakyat Malaysia t
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan