awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan batu nisan dicabut di tanah perkuburan Islam di Labuan

Bernama
Bernama
01/10/2023
11:36 MYT
Sembilan batu nisan dicabut di tanah perkuburan Islam di Labuan
Penduduk memeriksa kubur yang menjadi mangsa vandalisme di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking. - Gambar/ Bernama
LABUAN: Sembilan batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat sini.
Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.
"Pelaku itu mungkin tidak siuman sehingga sanggup melakukan sedemikian. Jika mereka waras, saya tak rasa mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan tersebut hari ini.
Katanya penduduk setempat sedih dan marah dengan perbuatan itu yang bukan sahaja tidak mempedulikan kesucian tanah perkuburan, tetapi juga tidak menghormati dan menyakiti hati orang lain.
Ketua Polis Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim mengesahkan anggotanya telah memeriksa kawasan kejadian dan mengumpul maklumat.
"Kami menggesa mana-mana anggota komuniti untuk membuat laporan polis secara rasmi supaya satu penyiasatan yang menyeluruh boleh dimulakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi batu nisan
#Labuan
#tanah perkuburan Islam
#Saguking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan