awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan direman bantu siasatan kes bunuh pengurus kerana tegur saiz payudara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/05/2023
05:29 MYT
Sembilan direman bantu siasatan kes bunuh pengurus kerana tegur saiz payudara
Penahanan sembilan individu terbabit bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Sembilan individu termasuk sepasang kekasih direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung insiden gaduh gempar yang menyebabkan kematian seorang pengurus sebuah syarikat, pagi semalam.
Perintah tahanan reman sehingga 16 Mei terhadap semua suspek berusia antara 20 hingga 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Penahanan berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro AWANI terdahulu melaporkan pertengkaran mulut sekumpulan lelaki selepas tidak berpuas hati dengan kata-kata lucah yang dikeluarkan, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut ditikam dalam kejadian di Taman Kenanga, Melaka awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa seorang pengurus syarikat di Bukit Rambai berusia 35 tahun maut selepas dipercayai ditikam di bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata siasatan awal mendapati insiden tercetus ketika mangsa yang dipercayai mabuk selepas berhibur pergi ke gerai berhampiran lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.
Katanya, kekecohan itu dipercayai bermula apabila mangsa berbual dengan rakan-rakan mengenai saiz payudara seorang wanita berusia 26 tahun yang berada di gerai tersebut.
Perbualan itu kemudian didengari pengawal peribadi dan teman lelaki wanita berkenaan yang menegur mangsa sebelum keadaan menjadi tegang dan berlaku tolak-menolak, tumbuk-menumbuk serta tikaman ke atas mangsa.
Topic Berkaitan
#bunuh pengurus
#payudara
#reman
#maut ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan