KUALA LUMPUR: Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kes pertama dan kedua direkodkan di Kuala Lumpur pada Julai, kes ketiga dan keempat pada bulan lepas di Selangor, kelima di Sarawak pada 5 Nov manakala baki empat kes terbaharu juga di ibu negara.
"Kementerian giat melakukan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan mpox agar tidak merebak antaranya pemantauan di pintu masuk antarabangsa negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi pengesanan awal terhadap pengembara yang bergejala.
"Bagi kemasukan pelajar asing ke institusi pendidikan tinggi terutama dari negara yang melaporkan kes mpox atau endemik mpox, mereka diminta melakukan pemantauan kendiri selama 21 hari dan perlu dapatkan rawatan sekiranya bergejala," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia tidak menular seperti virus COVID-19.
Lukanisman berkata melalui Garis Panduan Pengurusan Mpox Malaysia 2023, mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh pengasingan di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan.
"Bagi langkah pemantuan ketika ini, kita ada 11 klinik sentinel terdiri daripada tujuh fasiiti kerajaan dan empat swasta manakala untuk pengesanan awal jangkitan, kita ada khidmat ujian pengesanan virus melalui 12 makmal termasuk empat fasiliti swasta," katanya.
Sementara itu, Lukanisman berkata kaedah pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia terbukti dapat mengawal dan mengatasi peningkatan wabak denggi dengan inisiatif dilaksanakan sejak 2019 itu menyaksikan 19 lokaliti pelepasan nyamuk merekodkan 100 peratus penurunan kes denggi.
"Sehingga kini, terdapat 31 lokaliti pelepasan nyamuk itu di seluruh negara dengan perancangan pertambahan 10 lokaliti pelepasan baharu setiap tahun," katanya menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi yang semakin meningkat.
Menurut beliau, nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia tidak berbahaya kepada manusia sebaliknya ia menghapuskan virus denggi apabila mengawan atau bersenyawa dengan nyamuk Aedes biasa.
Beliau berkata walaupun kaedah itu berkesan, namun Kementerian Kesihatan tidak dapat melaksanakan langkah berkenaan secara besar-besaran memandangkan pelepasan nyamuk itu memakan kos tinggi dengan purata harga seekor nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia antara 30 hingga 45 sen.
Katanya, berdasarkan data minggu epidemiologi ke-47 (ME47) bagi tempoh 19 hingga 25 Nov, jumlah kumulatif kes denggi adalah 108,429 kes berbanding 56,304 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan 52,125 kes atau 92.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh pengasingan di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan. - Gambar hiasan/ X Bernama

Letupan saluran gas Putra Heights: Segera muktamad siasatan demi kepentingan rakyat - HAKS
Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS Pusat (HAKS) menggesa pihak berkuasa mempercepatkan laporan siasatan berhubung kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April yang lalu.

Malaysia gesa pembaharuan segera dalam operasi pengaman PBB
Malaysia menggesa pembaharuan yang berani dan berpandangan jauh dalam operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun
Versi akhir Android 16 sudah lama dinantikan sejak program Android 16 Beta dimulakan pada Januari yang lalu.
Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat

Polis tahan 3 lelaki naik motosikal ceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub
Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Kampung Sang Lee, Raub semalam.

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.

Paparan harga ubat: KKM masih pertimbang syor MMA, keputusan hujung bulan ini - Dr Dzulkefly
Memorandum itu disampaikan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerusi perhimpunan membantah paparan harga ubat pada 6 Mei lalu.

KKM tubuh jawatankuasa teliti isu vape campuran dadah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti peraturan sedia ada, jika aspek penguatkuasaan masih relevan menangani permasalahan tersebut.

Bilangan jururawat meningkat, KKM perjuang dasar ‘work-life balance’
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 137,471 anggota jururawat berdaftar setakat Mei 2025, meningkat berbanding 117,759 pada 2024.

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus - KKM
Sebanyak 99,601 kes penyakit HFMD dilaporkan di seluruh negara, meningkat 266 peratus berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

KKM taja lebih 2,500 ujian klinikal di 260 lokasi seluruh negara
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) telah menaja lebih 2,500 ujian klinikal di lebih 260 lokasi seluruh negara.

Warga KKM perlu faham polisi ekonomi mikro untuk atasi ‘penyakit ekonomi’ - PM
Warga KKM disarankan memahami polisi ekonomi mikro termasuk penggunaan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan, dalam usaha mengatasi 'penyakit ekonomi' negara.

Himpunan bantah pamer harga ubat: KKM teliti permintaan dalam memorandum
Himpunan tersebut membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan mulai 1 Mei.

KKM muktamad caj konsultasi GP dalam masa sebulan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha sehabis baik untuk mempercepatkan proses penentuan caj konsultasi GP.

Perarakan bantah pemaparan harga ubat, KKM hormati hak demokrasi - Menteri
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata beliau bersedia menerima apa sahaja memorandum penganjur demonstrasi.

KKM keluar lebih 43,000 notis kesalahan berkaitan produk merokok sejak Oktober 2024
Notis kesalahan itu dikeluarkan atas pelbagai bentuk pelanggaran di bawah Akta 852 dan peraturan berkaitannya.