awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB

Bernama
Bernama
07/11/2015
09:38 MYT
Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB
Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini. -Gambar fail
Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan selama dua jam bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi tadi.
"Serbuan terbabit memeriksa 175 individu yang berada di dalam premis berkenaan iaitu 130 lelaki dan 45 wanita," katanya di sini hari ini.
Sulaiman berkata, hasilnya, polis mendapati lapan daripada lelaki terbabit positif terhadap dadah jenis amphetamine manakala seorang lelaki lagi didapati orang yang dikehendaki polis berkaitan kes di bawah Seksyen 5(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah di Jasin, Melaka.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap wanita pula mendapati 15 daripadanya turut didapati positif terhadap dadah jenis amphetamine.
"Seorang wanita lagi dipercayai pemilik premis berkenaan dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai lesen hiburan," katanya.
Menurut Sulaiman, kesemua yang berumur lingkungan 20-an itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Negeri Johor.
Topic Berkaitan
#Akta Dadah Berbahaya
#amphetamine
#Ops
#Sulaiman Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan