awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Bernama
Bernama
06/09/2016
06:12 MYT
Sembilan mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan
Kesemua keluarga mangsa telah menerima ugutan mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan tidak dibayar.
Sembilan lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dan pemerdagangan manusia diselamatkan dari sebuah rumah di Kampung Charok Keladi, Pendang awal pagi tadi.
Mereka yang terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berumur antara 22 hingga 45 tahun ditemukan dalam keadaan lemah, kelaparan serta dirantai pada kaki.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata penemuan pada pukul 1.30 pagi itu adalah susulan laporan kes penculikan ke atas enam warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani pada 29 Ogos lalu.
"Kesemua keluarga mangsa yang berada di Bangladesh telah menerima ugutan bahawa mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang dripada mereka tidak dibayar," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata kesembilan mangsa itu dilapor telah diculik di Perak dan Kuala Lumpur.
Asri berkata susulan kes itu, empat lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar berumur antara 15 hingga 38 tahun yang disyaki terlibat telah ditahan.
Beliau berkata remaja berusia 15 tahun itu merupakan anak kepada seorang suspek berkenaan.
Dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes culik sementara lelaki Bangladesh itu dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan memeras ugut keluarga mangsa, katanya.
Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang disyaki turut terlibat sedang dikesan.
Asri berkata pihaknya percaya berjaya melumpuhkan kumpulan melakukan aktiviti pemerasan ke atas warga asing di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur selama ini.
Topic Berkaitan
#asri yusoff
#mangsa culik
#pemerdagangan manusia
#polis
#selamaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan