Seramai sembilan wanita warga asing mendakwa diri mereka didera majikan selain dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia hasil serbuan Jabatan Imigresen Melaka di sebuah restoran di Bandar Hilir.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Mohammad Azlan Jawawi, pihaknya bertindak menyerbu premis terbabit setelah menerima beberapa aduan.
“Kes ini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdaganan Orang kerana disyaki terdapat unsur-unsur berikut dalam masa yang sama menyelamatkan mangsa yang mengadu diri mereka sering dipukul”, kata Azlan.
Kesemua mangsa berusia diantara 22 hingga 21 tahun membabitkan tujuh warga Indonesia dan dua warga Myanmar.
Menurut salah seorang pebantu premis berkenaan, Evana, sepanjang bekerja bersama majikan selama sembilan bulan, saya sudah dipukul sebanyak lapan kali di bahagian muka dan kepala.
“Sudah beberapa kali saya dipukul dengan kuat hingga meyebabkan hidung saya keluar darah” kata Evana.
Tambahnya, mereka turut dipaksa memasak daging babi walaupun majikan mengetahui mereka beragama Islam.
“Kami terpaksa menuruti kehendak majikan bagi mengelakkan diri daripada dipukul oleh majikan”, katanya dengan nada yang sedih.
Mangsa juga mendakwa tidak mengetahui jumlah gaji yang sepatutnya diterima berikutan majikan sering bertindak memotong gaji tanpa makluman dengan sesuka hati.
“Sebelum ini kesemua mereka dijanjikan pendapatan sebanyak RM900 sebulan namun sepanjang bertugas di premis itu, jarang sekali mereka memperoleh gaji penuh”, kata Evana penuh kecewa.
Azlan berkata, kesemua pekerja itu didapati tidak melakukan sebarang kesalahan kerana pihaknya mendapati masing-masing mempunyai permit dan dokumen yang sah.
Astro Awani
Sat Mar 16 2013
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Kanak-kanak lelaki lima tahun mati dipercayai akibat didera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, tengah malam semalam dipercayai akibat didera ayah kandung dan ibu tirinya.
Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada tiga setengah petang Isnin semasa mendapat rawatan di sebuah klinik.