Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menyediakan sembilan lokasi pili air awam, bagi kegunaan pengguna yang bakal terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual yang bermula 9 pagi ini.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pili air awam itu diletakan di kawasan strategik seperti masjid, sekolah dan pusat perniagaan.
"Sebanyak empat lokasi pili air awam diletakkan di wilayah Petaling, dua masing-masing di Klang dan Kuala Selangor, dan satu di Kuala Lumpur iaitu di Gelanggang Futsal Sungai Besi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Abdul Raof berkata, pili air awam di wilayah Klang akan ditempatkan di Masjid Ar Rahimah, Sri Andalas (berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang) dan Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 16 (bawah kolam seksyen 16).
Sementara di wilayah Petaling, pili air awam ditempatkan berhampiran SK Desa Tasik, PJS 3, Taman Medan, Pejabat Perhutanan Sungai Buloh dan Pejabat Ahli Majlis Zon 23, Taman Awam SS9.
Di wilayah Kuala Selangor, dua lokasi pili air awam tersebut adalah di Pusat Perniagaan Alam Jaya di Jalan PPAJ 2/8 dan Pusat Perniagaan Alam Jaya Jalan PPAJ 3/8.
Abdul Raof berkata, pihak Air Selangor juga turut menyediakan stesen pengisian air khusus bagi pembelian air untuk pelanggan industri.
"Pihak industri boleh membuat pembelian air dan berurusan di kaunter-kaunter Pejabat Wilayah Air Selangor. Pembelian air oleh pihak industri perlu menggunakan lori tangki air yang diuruskan sendiri," katanya.
Antara lokasi stesen pengisian air oleh pihak industri adalah Kolam Sungai Kapar Indah C (Klang), Jalan TPK2/2, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong (Petaling), Taman Selayang Mutiara (Gombak), Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat (Kuala Lumpur/Hulu Langat) dan Jalan Bukit Belimbing, Kampung Permatang, Kuala Selangor.
Bermula hari ini sehingga 27 April, sebanyak 577 kawasan di Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).
Gangguan air itu melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula hari ini dan melibatkan 620,835 pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019
Gangguan bekalan air hingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di LRA SSP2. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.