NATIONAL
Sembilan suspek terlibat kumpulan pengganas ditangkap - KPN

Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak. Foto: Ihsan PDRM
Seramai sembilan suspek terbabit dalam kumpulan pengganas ditahan antara 2 hingga 9 Februari lalu.
Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, tangkapan membabitkan dua warganegara Malaysia, enam warganegara Mesir dan seorang warganegara Tunisia yang disifatkan sebagai 'pejuang keganasan warga asing'.
"Penyusupan masuk 'foreign terrorist fighters' ke negara ini harus dipandang serius terutamanya setelah kekalahan kumpulan Islamic State di Syria dan Iraq.
"Kehadiran 'foreign terrorist fighters' di Malaysia juga boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara-negara ketiga atau melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism terima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing. Foto ihsan PDRM
“Anggota kumpulan pengganas ini disyaki terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.

Warga asing yang terlibat telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia. Foto ihsan PDRM
“Hasil siasatan mendapati kumpulan ini cuba menjadikan Malaysia sebagai destinasi transit dan pangkalan logistik,” katanya.

Polis mengesyaki anggota kumpulan pengganas ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara. Foto ihsan PDRM
Jelas Mohamad Fuzi, kesemua yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Manakala warga asing telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia di bawah Seksyen 9(1) Akta Imigresen 1959/63.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami