IPOH: Terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa, seorang wanita warga Indonesia bertindak bersembunyi di bawah katil ketika Op Bersepadu di Rumah Pangsa Panorama Lapangan Perdana tengah malam tadi.
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak itu bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 53 unit rumah dan 68 warga asing.
"Hasil pemeriksaan kita telah mengesan 23 daripadanya membabitkan 14 lelaki, lima perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia serta seorang lelaki warga Myanmar, berusia dua tahun hingga 50 tahun," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi selepas operasi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dua daripada mereka tinggal lebih masa, 20 orang didapati tiada dokumen sah dan seorang ditahan kerana melindungi pendatang asing.
Meor Hezbullah berkata pihaknya turut menyeru pemilik rumah supaya menyemak dokumen atau permit warga asing sebelum menyewakan premis mereka.
"Jika kita dapati mereka (pemilik premis) bertindak menyewakan rumah kepada warga asing yang melanggar Akta Imigresen maka kita boleh ambil tindakan kepada tuan rumah mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63," katanya sambil menambah kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Seramai 23 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Bersepadu Imigresen Perak di Rumah Pangsa Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, awal pagi tadi. --fotoBERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
JIM Perak selamatkan 33 warga Bangladesh daripada eksploitasi majikan
Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun.
10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia selama sejam berjaya dicekup Imigresen Perak
Cubaan 10 wanita pelayan pelanggan atau GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah premis hiburan gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak semalam.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan
Operasi melibatkan 31 pegawai dari Bahagian Penguat kuasa JIM Perak, dijalankan di kawasan premis perniagaan dan perumahan di Manjung.
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.