Seorang pelajar cemerlang sebuah Institusi Awam di Johor dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun bercagaran RM8,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, November tahun lepas.
Dalam keputusannya, Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor berkata sekiranya mahkamah menjatuhi hukuman penjara terhadap pelajar berusia 21 tahun itu, ia seperti menutup peluangnya untuk berubah.
Beliau berkata mahkamah juga membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor kepentingan awam dan rayuan tertuduh serta laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Nur A'minahtul Mardiah dalam keputusannya berkata bahawa beliau bersetuju wanita itu adalah pelajar cemerlang kerana keputusan peperiksaan November lepas menunjukkan dia memperoleh purata nilai gred 3.87 walaupun sedang hamil.
"Walaupun kamu hamil, kamu boleh memberi keutamaan kepada mana yang lebih utama. Sekiranya hukuman penjara diberikan kepada kamu, seolah-olah mahkamah menutup peluang untuk kamu berubah," katanya.
Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan kesalahan wanita itu tetapi memerintahkan dia melaporkan diri di Balai Polis berdekatan sekali sebulan sehingga tamat tempoh bon.
Nur A'minahtul Mardiah berkata sekiranya pelajar terbabit melanggar syarat tersebut dia akan dihadapkan semula di mahkamah untuk hukuman penjara.
Pada 22 Nov lepas, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Acara mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang bayi itu dengan sulit.
Hukuman terhadap anak sulung lima beradik itu ditangguhkan kepada hari ini sementara menunggu laporan akhlak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di PPR Wahyu 2, Jalan Sigu, Sentul, di sini, pada 1.16 pagi, 9 Nov lepas mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, pelajar itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman yang minimum dengan alasan dia menyesal dan insaf dengan perbuatannya.
"Saya masih belajar dan mahu membina kehidupan yang cerah," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman setimpal kerana jenayah ini melibatkan nyawa yang tidak bersalah dan ia juga jenayah yang berat.
Mengikut fakta kes, seorang anggota polis telah menerima panggilan daripada orang awam yang terjumpa bayi yang dibungkus di dalam plastik berwarna putih di hadapan sebuah rumah.
Hasil siasatan mendapati bayi itu, yang masih bertali pusat bersama uri dan dalam keadaan bogel, telah meninggal dunia. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan kesalahan wanita itu tetapi memerintahkan dia melaporkan diri di Balai Polis berdekatan sekali sebulan sehingga tamat tempoh bon. - Gambar Hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.