KUCHING: Kisah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang begitu sinonim dengan Sarawak merangkumi segala ramuan yang tepat untuk menjayakan sesebuah sinetron, drama, mahupun lipur lara waktu perdana.
Kisah persaingan sengit dan sikap cemburu antara dua puteri 'kayangan' kerana merebut cinta seorang putera raja menjadi tema utama cerita yang berakhir dengan Santubong disumpah menjadi Gunung Santubong.
Cerita rakyat popular yang diperturunkan dari generasi ke generasi Sarawak ini begitu sinonim dengan Semenanjung Damai (Santubong), yang terletak sekitar 35 Kilometer (KM) dari ibu negeri Sarawak, Kuching.
Di Semenanjung Damai ini, terletaknya Gunung Santubong setinggi 810 meter yang dikurniakan dengan keindahan pantai yang indah dan hutan hujan tropika, menjadikannya antara destinasi pelancongan terkenal di Sarawak.
Potensi semula jadi yang ada ini telah mendorong kerajaan negeri untuk terus melabur dalam membangunkan kawasan Semenanjung ini melalui pelan bagi membina sebuah resort peranginan mega, dikenali sebagai projek Damai Resort City yang bakal mengubah wajah kawasan pantai yang popular itu.
Projek itu akan merangkumi resort baharu, denai hutan dan kemudahan 'trekking', kawasan kesihatan dan kecantikan, marina dan hartanah komersial di bawah tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain menjelaskan bahawa ini adalah rancangan jangka panjang dan pada masa ini agensi milik kerajaan itu sedang menyiapkan kajian komprehensif untuk pembangunan Semenanjung berkenaan yang akan turut meliputi semua aspek termasuk kesan alam sekitar.
"Kita sudah mempunyai perunding termasuk pakar dari dalam dan luar negara. Kajian ini dijangka mengambil masa setahun dan kita akan sediakan laporan itu pada awal 2022. Jika semuanya berjalan lancar, kita boleh melaksanakannya (projek) selepas itu," katanya kepada Bernama.
Selain merancang untuk membina kemudahan baharu, SEDC yang bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan produk pelancongan di Sarawak turut merancang untuk meningkatkan kemudahan sedia ada di Damai, seperti Damai Lagoon Resort.
Pengubahsuaian itu akan melibatkan penyelenggaraan dan kerja-kerja menaik taraf bilik dan kemudahan semasa serta membina kawasan perkhemahan mewah dan Rock Chalet Village baharu di resort berkenaan.
"Ini adalah visi kami dan selain itu kami juga sedang mengenal pasti kereta api atau Transit Aliran Ringan (LRT) untuk jajaran dari Kuching ke Damai. Lebih mudah jika pelawat yang tiba di lapangan terbang (di Kuching) boleh menaiki kereta api untuk terus ke Damai," kata Abdul Aziz.
Kekayaan budaya yang terdapat di Sarawak juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di sini dan kerajaan negeri juga merancang untuk menambah baik Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Damai. Perkampungan budaya seluas 6.8 hektar itu mempamerkan budaya dan gaya hidup rakyat Sarawak yang terdiri pelbagai kumpulan etnik di negeri ini termasuk bangunan replika Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.
Menurut Abdul Aziz, SEDC juga sedang merancang untuk mewujudkan taman herba di sebuah kampung dengan pokok rempah ratus dan sayur-sayuran tempatan akan ditanam dan kemudianya dijadikan sajian dalam penyediaan makanan untuk dihidangkan dan dirasai pelancong.
Usaha mempromosi budaya tempatan juga turut menerima sambutan hebat yang dibuktikan melalui sokongan kerajaan Persekutuan apabila mengumumkan peruntukan RM20 juta di dalam Bajet 2021 untuk menambah baik infrastruktur dan meningkatkan promosi produk kampung budaya, khususnya yang terletak di Terengganu, Sarawak dan Negeri Sembilan.
Kisah Puteri Santubong ini juga akan dihidupkan tidak lama lagi dalam bentuk lakonan istimewa yang akan dipersembahkan dalam teater kampung budaya itu dengan menampilkan pelakon dan pelakon tempatan.
"Pertunjukan ini akan dipersembahkan secara bersiri dan kami juga merancang untuk mempersembahkan ia secara langsung. (Buat masa ini) semuanya sudah siap termasuk skrip dan pelakon, tetapi disebakan proklamasi darurat dan situasi COVID-19, pertunjukan ini ditangguhkan," kata Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
SEDC yang bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan produk pelancongan di Sarawak turut merancang untuk meningkatkan kemudahan sedia ada di Damai. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).