awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak' - Ebit Lew ziarah mangsa kemalangan langgar lari

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
24/12/2020
22:18 MYT
'Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak' - Ebit Lew ziarah mangsa kemalangan langgar lari
Ebit Lew memuat naik video di Instagram pada Khamis, selepas melawat mangsa kemalangan Mohd Sis Latif di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. - Foto Instagram/ Ebit Lew
KUALA LUMPUR:Pendakwah yang terkenal dengan sikapnya yang gemar membantu orang ramai, Ustaz Ebit Lew, meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan langgar lari semalam.
Mangsa, Mohd Sis Latif, 55 tahun, cedera parah akibat kemalangan yang dialami ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru pada Rabu.
Perkara itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu muat naik video di laman sosial Instagram miliknya semalam, selain menyatakan dirinya tidak mampu menahan sebak ketika bertemu mangsa.
“Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang sehingga tangan kanannya terpaksa dipotong.
“(Saya) ziarahi (beliau) beri semangat dan sedikit sumbangan.
“Pakcik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil.
"InsyaAllah nanti Akhirat semuanya sempurna. Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak,” tulis Ebit Lew menerusi muat naik video tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Tambah Ebit Lew, kunjungan tersebut dibuat sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.
Mohd Sis mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada jam 11.50 pagi pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan.
Namun, lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan kanannya.
Mohd Sis kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#Instagram
#mangsa
#kemalangan
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#video
#Johor Bahru
#polis
#laman sosial
#Malaysia
#ziarah
#Ebit Lew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan