KUANTAN: Mangsa terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Sungai Ular, Fitrah Dhia Zulaikha Zaidi sempat memegang tangan adiknya Fitrah Dhia Zahraa', 9, sebelum terlepas akibat dipukul ombak.
Remaja berusia 13 tahun yang hampir tenggelam dalam kejadian petang tadi itu berkata dia hanya melihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.
"Sebelum itu, adik berlari ke laut bersama rakan lain tanpa menunggu saya... tiba-tiba saya lihat adik terkapai-kapai dan semakin tenggelam menyebabkan saya terus berlari masuk ke laut untuk menyelamatkan dia," katanya di lokasi kejadian, di sini, pada Sabtu.
Fitriah Dhia Zulaikha sebelum itu telah berjanji dengan jirannya Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, untuk mandi di pantai dan mereka berjalan kaki ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah sekitar 5.30 petang.
Dalam kejadian itu, Nor Najuwa turut ditemukan lemas manakala adiknya Mohd Fazrul Hakimi, 11, dilaporkan masih hilang.
Mayat kedua-dua mangsa ditemukan sekitar 6 petang tadi.
BACA: Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular
Sementara itu, bapa kepada Fitrah Dhia Zahraa', Zaidi Mukhtar, 38, yang juga anggota tentera laut berkata mangsa adalah anak kedua daripada empat beradik kerap meminta izin untuk mandi di pantai itu sejak beberapa hari lepas.
Zaidi tidak membenarkan anak-anaknya ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa dan biasanya gemar membawa mereka ke kolam renang di sebuah chalet berhampiran kerana lebih selamat.
"Bagaimanapun, disebabkan anak asyik meminta, saya telah membawa mereka mandi di pantai semalam.
"Namun, anak masih bertanya jika boleh ke pantai sekali lagi hari ini... mungkin dia tidak puas kerana semalam kami turun agak lewat iaitu sudah 6.30 petang.
"Saya masih berada di pejabat semasa menerima panggilan telefon daripada isteri yang hanya menangis sekitar 6 petang.
"Saya tahu ada benda tidak baik berlaku dan terus pulang tanpa bertanya lanjut dan melihat orang sudah ramai di pantai," katanya.
Zaidi berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1 pada esok.
Bapa kepada Nor Najuwa dan Mohd Fazrul Hakimi, Mohd Ariffin Ismail, 55, berkata walaupun tinggal berhampiran pantai, anak keempat dan kelimanya jarang berpeluang mandi kerana tidak mengizinkan mereka ke pantai tanpa pengawasan orang dewasa.
"Mereka minta izin untuk mandi hari ini, tapi tidak sangka mereka terlalu seronok dapat ke pantai sehingga tiba terlebih dahulu daripada orang lain.
"Saya cuma berharap Mohd Fazrul Hakimi ditemukan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Mangsa lemas dalam kejadian di Pantai Sungai Ular dibawa ke pantai. - BERNAMA
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Sempat pegang tangan adik sebelum dipukul ombak - Kakak
Dia hanya melihat adiknya semakin jauh dibawa ombak sebelum tubuhnya ditarik oleh lelaki yang menaiki bot.
Ibu tak sangka anak akan 'pergi' dalam tragedi lemas
Rayuan anak yang mahu ke lokasi riadah diturutkannya. Siapa menyangka, itu jadi permintaan terakhir.
Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit
Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh pemilik tanah dan bukannya terletak di bahu kerajaan negeri.
Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut
Pemilik tanah persendirian di Pahang digesa membenarkan pihak berkuasa menimbus kolam bekas lombong bauksit di kawasan tanah mereka bagi mengelak tragedi lemas.