awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular

Bernama
Bernama
27/02/2021
15:04 MYT
Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular
Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa' Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 manakala Mohd Fazrul Hakimi, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa masih belum ditemukan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 5.45 petang iaitu 10 minit selepas mangsa bersama-sama ahli keluarganya tiba di pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.
"Kita difahamkan kanak-kanak terlibat terdiri daripada dua jiran yang tinggal di sebuah kuarters guru berhampiran. Mereka ke pantai bersama ahli keluarga dewasa, namun dikatakan telah berlari meninggalkan kumpulan itu, mungkin disebabkan terlalu teruja untuk mandi.
"Kejadian lemas difahamkan terjadi di hadapan ahli keluarga lain, yang lewat hanya beberapa minit di belakang mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa' , juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam.
Sementara itu, Mohamad Noor berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Fazrul Hakimi yang bermula petang tadi akan diteruskan hingga 10.30 malam, melibatkan pencarian dalam lingkungan hingga 2 kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, operasi itu melibatkan pegawai dan anggota polis, bomba serta bantuan 65 penduduk kampung selain nelayan yang mempunyai bot sendiri bersetuju menawarkan bantuan mencari mangsa di pesisir pantai.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#lemas
#Pantai Sungai Ular
#hilang
#Fitrah Dhia Zahraa' Zaidi
#Nor Najuwa Mohd Ariffin
#Mohd Fazrul Hakimi
#Nor Najuwa
#Polis Daerah Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan