awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
16/10/2024
15:18 MYT
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Mangsa banjir cuba menyelamatkan kenderaan peribadi di Johor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.

Ringkasan AI
  • METMalaysia menyediakan maklumat lengkap mengenai kuantiti, masa, dan luruan hujan terkini kepada agensi pengurusan bencana untuk ramalan dan amaran banjir.
  • METMalaysia bertanggungjawab menyediakan maklumat hujan, manakala JPS menyediakan maklumat banjir.
  • Malaysia sedang mengalami fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan hingga awal bulan depan, berpotensi menyebabkan bencana seperti banjir, tanah runtuh, dan air pasang.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal), METMalaysia, Ambun Dindang berkata maklumat yang dikongsi termasuklah kuantiti, masa, dan luruan hujan terkini.
“Di pihak METMalaysia kita bekalkan maklumat dan kuantiti hujan yang bakal diterima oleh sesuatu kawasan. Ini kita akan kongsikan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mereka gunakan dalam program ramalan dan amaran banjir negara.
“Dari segi tanggungjawab, METMalaysia kongsikan maklumat hujan dan JPS kongsikan maklumat banjir. Itu perlu difahami masyarakat mengenai dua peranan berbeza dua agensi ini.
“Dari segi agensi pengurusan bencana juga kita bekalkan maklumat ramalan ini terutamanya dalam Musim Timur Laur (MTL),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Tambahnya, maklumat mengenai cuaca yang dikongsikan kepada pelbagai agensi pengurusan bencana adalah data-data terkini bagi membantu sebarang mobilisasi yang diperlukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan oleh agensi terbabit.
Dalam laporan lain pada Rabu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) METMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Malaysia yang masih berada dalam fasa peralihan monsun sejak 24 September lepas dijangka mengalami fenomena itu secara berterusan hingga awal bulan depan.
Fenomena ini mungkin menyebabkan berlakunya pelbagai bencana termasuk banjir, tanah runtuh serta air pasang.
Agenda AWANI: Cuaca buruk: Hati-hati banjir, tanah runtuh
Topic Berkaitan
#banjir
#cuaca buruk
#tanah runtuh
#MetMalaysia
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan