Kedudukan anggota pentadbiran berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah terbatal pada Isnin.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri.
Perkara itu tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.
“Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh yang sama," ujar Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Astro Awani
Mon Feb 24 2020
Tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Anwar jamin tidak hadiahkan jawatan Menteri kerana menyokongnya
Sokongan Ahli Parlimen terhadapnya perlu berteraskan kepada polisi, komitmen terhadap urus tadbir yang baik dan bebas rasuah.
PRU15: Ketua Menteri nafi kerajaan Sabah pinggir kaum Cina
Katanya, kerajaan negeri sememangnya mahu melantik seorang dari kaum Cina sebagai menteri, namun tiada calon yang menang pada PRN lalu.
Bentuk Kabinet: Beri masa kepada Abang Jo, elak lobi jawatan - Abdul Karim
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan memberi ruang serta masa kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih senarai ahli kabinet negeri.
Kulasegaran dakwa terima tawaran untuk sokong PN
Tawaran itu dibuat melalui pesanan di aplikasi WhatsApp menerusi telefon setiausahanya, Jeremy Chuah semalam, dakwa Kulasegaran.
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
Tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional.
Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan tersebut.