awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan GST mulai 2017 - PM Najib

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2016
10:21 MYT
Semua kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan GST mulai 2017 - PM Najib
Perdana Menteri berharap pengecualian GST itu dapat meringankan beban seharian rakyat terutamanya golongan belia. - Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk terus mengecualikan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit bermula tahun depan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bagi mengurangkan bebanan rakyat.
"Kerajaan akan terus mengecualikan caj GST bagi pembelian kad tambah nilai telefon, untuk tahun 2017. Ini diharap dapat meringankan beban seharian rakyat terutamanya golongan belia," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke GiatMARA Pekan, di sini, hari ini.
Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan pengguna warga Malaysia akan memperoleh kembali rebat bersamaan amaun GST dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka, mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.
Topic Berkaitan
#cukai barangan dan perkhidmatan
#GST
#Menteri Kewangan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan