Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan akan berlakunya penyusunan semula kuasa politik baharu, susulan permasalahan yang ditimpa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
Katanya adalah perkara biasa untuk parti politik melalui proses evolusi yang kadang kala melemahkan dan kadang kala menguatkan.
"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada beza juga… MIC ada masalah, UMNO pun nampaknya ada juga.
“Jadi nak kupas tak berani… masing-masing ada masalah. Tetapi kita kena lalui rasa ini… langkah itu bagus, ia mungkin bantu menguatkan parti, mana tahu,” kata Ahli Parlimen BN-Gua Musang itu ketika ditemui di Parlimen.
Katanya, kedua-dua belah pihak kini harus bersedia untuk mengambil langkah berani yang selari dengan anak muda khususnya.
Ditanya pihak manakah yang kini lebih kelam-kabut, BN atau Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak tahu namun masalah tetap merupakan masalah.
“Sebab kita berurusan dengan masalah manusia dan juga hal ehwal sosial.. dan tentunya ia berunsurkan politik,” jelasnya.
Mengulas lanjut tentang penyusunan semula kuasa politik, katanya segalanya tidak mustahil terutama sekali dalam politik.
“Dalam politik, seorang lelaki boleh menjadi wanita dan seorang wanita boleh menjadi lelaki… dan semuanya tidak kekal.
“Kawan kita hari ini boleh menjadi musuh kita esok, dan seorang musuh boleh menjadi kawan baik,” ujarnya.
Tengku Razaleigh juga berkata apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat adalah disebabkan oleh ideologi yang berbeza.
“Ada yang merasakan ianya bukan masalah yang menyakiti mereka, jadi mereka rasa mereka boleh meneruskannya dan kekal dalam kumpulan yang besar,” tambahnya.
Beliau mengulas tentang keputusan Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah menamatkan Pakatan Rakyat.
Haider Yutim
Tue Jun 16 2015
Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan akan berlakunya penyusunan semula kuasa politik baharu, susulan permasalahan yang ditimpa BN dan PR.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.