NATIONAL
Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan peperiksaan - Menteri Pendidikan

Fadhlina beramah mesra dengan pelajar yang menerima keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang di sini, pada Khamis. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KAJANG: Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan peperiksaan masing-masing kerana setiap usaha mereka menyumbang kepada kecemerlangan dan pencapaian keseluruhan sekolah, daerah dan negeri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian pelajar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui usaha dan komitmen mereka sepanjang tempoh pembelajaran.
"Saya tak nak sebut yang tak cemerlang tapi saya sudah sebut tahniah semua kepada anak-anak, ibu bapa dan guru-guru.
"Kita kena ingat apa sahaja keputusan mereka ini menyumbang kepada gred purata sekolah, daerah dan negeri."Jadi keputusan mereka ini sangat penting dan saya harap apa saya sebut tadi... mesti sambung pelajaran tidak kira apa pun keputusan mereka ...dan (kita) akan beri sokongan itu.
“Kita raikan semua anak-anak. Sebab itu saya kata tadi, keputusan kita untuk meraikan semua anak-anak kerana setiap mereka telah berusaha mendapat keputusan masing-masing dan ada sumbangan masing-masing kepada kelayakan, kelulusan dan kejayaan.
"Kita raikan dengan penuh rasa bangga dan keputusan itu adalah untuk memberi semangat kepada untuk sambung pendidikan lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan penyerahan slip keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang di sini, pada Khamis.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami